Followers

Thursday 15 November 2012

Penari-penariku

Tarian Cina


Guru Penasihat Kak Sofia dan Cik Ilyana

 Bersama Pengetua, PK KO, PK1, Jurulatih Tarian

Tarian Melayu


Persembahan Tarian Citrawarna semasa Hari Anugerah Kokurikulum
Nama kumpulan penari2 ni ialah Puteri Tari..=)..Alhamdulillah mereka dah semakin maju dan sekarang kami bercadang untuk menyertai pertandingan luar pula..Kelab Bahasa Melayu dan Kebudayaan sekolah kami telah mendapat sokongan daripada Pengetua dan PK KO..Thanks Puan Zaleha.. InsyaAllah selagi Cik Ilyana masih guru penasihat, cikgu akan terus kembangkan bakat murid2 yang berbakat...

Wednesday 16 May 2012

Kenali Personaliti melalui jenis darah..

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Monday 14 May 2012

JOM diagnosis penyakit melalui tapak tangan...(PART 1)

WARNA TAPAK TANGAN


Tapak tangan kelihatan kemerah-merahan dan nampak jelas, menunjukkan tahap kolesterol dalam darah melebihi keperluan asal. keadaan ini menyebabkan berlaku kelemahan pada sistem pengaliran darah kerana kandungan kolesterol yang mendap pada dinding pembuluh darah, mendapan tersebut akan menyekat pengaliran darah ke organ-organ yang lain terutamanya di bahagian otak. sekiranya ini brlaku, seluruh organ-organ dalam tubuh tidak tidak akan menerima nutrien, tenaga dan oksigen yg secukupnya untuk berfungsi dengan baik. ini akan menyebabkan berlakunya kelemahan pd organ lain dan sekiranya tidak dicegah, kelemahan organ tersebut akan mendatangkan mudarat atau penyakit kepada kita. 


Tapak Tangan pucat -menunjukkan seseorang itu kurang darah.. amat bahaya kalau dialami oleh perempuan yang sedang mengandung kerana proses kelahiran bayi akan sukar. faktor lain yng juga menyebabkan kurang darah adalah keturunan (genetik)


Tapak tangan berwarna kekuning-kuningan - masalah pada hati. bujan sahaja tapak tangan, malah pada mata dan lidah juga akan menunjukkan warna kuning. 


Tapak tangan yang kekuningan dan apabila ditekan tidak menganjal- tahap toksik dalam badan adalah tinggi. pada tahap ini kebanyakan pembuluh darah telah tersumbat. boleh berlakunya strok atau lumpuh


Sumber: kenal pasti tanda penyakit..Diagnosis Tapak Tangan ( Sajidin Jais)


*NANTI KITA SAMBUNG LAGI YE...



Saturday 12 May 2012

Happy Mother's Day..

Selamat Hari Ibu Buat ibu yang tersayang.. Puan Hamidah binti Zainal Abidin...                                                                    


                                          

Kepada Adik-adik semua,jangan lupa ye peluk cium ibu kamu erat2..tanpa Ibu siapalah kita..sesungguhnya pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak boleh dibalas dengan sewenangnya..selagai Ibu kita masih ada, hargailah beliau seadanya...

Cikgu berada di kampung kerana ingin bersama dengan mak cikgu tersayang...kerana Cikgu amat kasih,cinta dan sayangkan mak cikgu..semoga Allah sentiasa memberkati dan mengurniakan kesihatan yang baik2 untuk mak cikgu..

Kepada kaum2 hawa yang bergelar ibu...SELAMAT HARI IBU...

Tip Study Last Minutes..

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..Kali ni cikgu nak kongsi apakah tip2 yang boleh kita buat di saat-saat terakhir mengulangkaji pelajaran..Memandangkan minggu depan adalah minggu peperiksaan bolehlah murid-murid mengambil sedikit sebanyak apa yang cikgu kongsi di sini..=)Apa yang cikgu suka perhatikan, murid-murid suka study last minute. ada kalanye study last minute ni akan merugikan kita terutamanya yang menduduki peperiksaan awam.. boleh stress tau..apa yang kita belajar semua akan hilang dan menyebabkan kita terus tidak boleh fokus..


Utamakan pelajaran untuk masa depan..Hargailah masa selagi ada...baiklah di sini terdapat beberapa tips untuk study saat2 akhir..


1.Bertenang../ cool
Bertenangla wahai adik-adik. walaupun kita study last minute tetapi jangan terlalu study sampai kamu abaikan kesihatan.baca buku macam biasa. hafal selagi mampu. Jangan gelisah, berikan tumpuan yang lebih kepada pelajaran ok..lupakan sekejap TV, internet ke..atau sebagainya yang boleh membuang masa..tapi perlu ingat bukan study 24 jam...minda, otak, diri kita perlukan rehat yang cukup..


2. Yakin Terhadap Kebolehan diri 
Selalu tanam dalam diri bahawa "saya boleh " "saya yakin boleh buat" tulis besar2 dan tampal di dinding bilik anda..hehehe..semua ni sebagai kata-kata semangat dan motivasi tau...bila kita nampak tulisan besar tu, cikgu yakin secara automatik, kamu akan jadi bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji pelajaran..insyaAllah..


3. Masa Rehat perlu secukupnya
Jangan lupa rehat ye.kalau kamu letih, bangunlah dan berjalan-jalan sekejap..lepas tu boleh sambung study balik.badan kita bukan komputer dan tidak boleh kerja berterusan...Ingat tu..


4.Hapuskan tabiat suka tidur.
Sebaiknya kamu tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. kurangkan waktu tidur kamu ye demi meraih kejayaan. gunakan lebih masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya lebih berkeyakinan.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan...
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. tetapi ramai murid membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dab ada yang tidak dapat tidur langsung.. bahaya kan. keesokan harinya pelbagai perkara akan berlaku seperti pening, tidak selesa dan tidak tenteram.kerana badan kita menjadi lesu dan ketegangan fikiran. ini boleh menjejaskan prestasi kamu sendiripada hari peperiksaan. akibatnya, kamu tidak boleh memberikan jawapan yang tepat kerana tidak dapat berfikir dengan baik

6. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan begini, kita hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. jangan beri tumpuan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting.. cuba pilih 5 atau 6 isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan.Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. bagi Matematik,latihan dan teruskan membuat latihan Matematik..Matematik x perlu baca ye hanya kerapkan membuat latihan.. banyakkan membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan..

7. Banyakkan minum air putih.

Air putih akan bersihkan darah kita..jangan berlebihan mengambil kopi atau nescafe kerana mengandungi kafien yang akan memudaratkan..


8. Doa
Kita dan berusaha kan..berdoalah..bagi yang Islam jangan lupa tanggungjawab kita sebagai seorang Islam..Sembahyang Lima Waktu dan mintalah doa kepadaNya..InsyaAllah.
Berdoa perlu dilakukan sepanjang masa, bukan hanya pada musim peperiksaan sahaja. Namun, bersama doa itu, perlu juga diiringin dengan usaha. Doa tanpa usaha tidak akan membawa anda ke mana-mana.

 


 SELAMAT MENDUDUDKI PEPERIKSAAN YE...CIKGU DOAKAN ANAK-ANAK MURID CIKGU AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG...AMIN..=)

Friday 11 May 2012

Tip Menghilangkan Sifat Malas & Bebanan Hutang

Sikap malas ni memang musuh kita la..kalau malas memang sukar untuk menempa kejayaan.jadi, bolehlah amalkan ayat di bawah ye supaya dapat kita hindarkan sikap malas ni..


Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.
Keterangan:
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.
*Jangan lupa amalkan ye..

Wednesday 9 May 2012

Tips Menjadi Individu Menarik

Buku dari Dato'Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar

Sinopsis 

Buku ini bakal menyelesaikan cabaran besar ramai orang iaitu bagaimana hendak memiliki personaliti yang menarik. ia juga mendedahkan pandangan wanita pada lelaki yang menarik dan pandangan lelaki pada wanita yang berpewatakan menarik.

Buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri. buku ini juga menjelaskan bagaimana fenomena jatuh cinta berlaku. ia juga menyimpulkan konsep menarik pada pandangan Tuhan. Ia menawarkan tip dan teknik praktikal bagaimana membina personaliti menarik.


Buku ini sangat sesuai dibaca oleh individu yang ingin mengetahui tip dan teknik bagaimana hendak memiliki perwatakan dan personaliti menarik..


* Cik Ilyana mmg suka dengan karya dan motivasi dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...masa cik ilyana pergi ke pesta buku @ PWTC ternampak buku ni kat booth PTS so, berminat untuk membaca nya...tapi belum khatam lagi. .=)

Monday 7 May 2012

Ujian Personaliti


ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...





SUMBER : 1001 Rahsia Diri

Rahsia Bulan dan Kelahiran -Dr. Fadzilah Kamsah

RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN.. 

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh 
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. 

JANUARI 

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. 
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. 
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. 
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. 
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. 
* Pandai mengambil hati orang lain. 
* Pendiam kecuali telah dirangsang. 
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. 
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri. 
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. 
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. 
* Cukup sayang pada kanak-kanak. 
* Suka duduk di rumah. 
* Setia pada segala-galanya. 
* Perlu belajar kemahiran bersosial. 
* Sifat cemburu yang sangat tinggi 

FEBRUARI 

* Berfikiran abstrak. 
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. 
* Bijak dan pintar 
* Berpewatakan yang mudah berubah. 
* Mudah menawan orang lain. 
* Agak pendiam. 
* Pemalu dan rendah diri. 
* Jujur dan setia pada segalanya. 
* Keras hati untuk mencapai matlamat. 
* Tidak suka dikongkong. 
* Mudah memberontak apabila dikongkong. 
* Suka kegiatan yang lasak. 
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. 
* Mudah mempamerkan marahnya. 
* Tidak suka benda yang remeh-temeh. 
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. 
* Sangat berani dan suka memberontak. 
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. 
* Pemerhatian yang tajam. 
* Suka hiburan dan sukan. 
* Suka benda yang bersifat seni. 
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. 
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. 
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. 
* Belajar untuk mempamerkan emosi 

MAC 

* Berpesonaliti menarik dan menawan. 
* Mudah didampingi. 
* Sangat pemalu dan pemendam rasa. 
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. 
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. 
* Suka pada kedamaian. 
* Sangat peka pada orang lain. 
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. 
* Tidak cepat marah dan sangat amanah. 
* Tahu membalas dan mengenang budi. 
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. 
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. 
* Suka berangan-angan. 
* Suka melancong. 
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. 
* Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
* Suka dengan hiasan rumahtangga. 
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik. 
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. 
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan 

APRIL 

* Sangat aktif dan dinamik. 
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. 
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri. 
* Punya daya mental yang sangat kuat. 
* Suka diberi perhatian. 
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. 
* Sangat berani dan tiada perasaan takut. 
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. 
* Emosi cepat terusik. 
* Cuba kawal perasaan. 
* Kecenderungan bersifat pendendam. 
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. 
* Kuat daya ingatan. 
* Gerak hati yang sangat kuat. 
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. 
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada. 
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu 

MEI 

* Keras hati & tegas. 
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi. 
* Pemikiran yang tajam. 
* Mudah marah apabila tidak dikawal. 
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain . 
* Perasaan yang amat mendalam. 
* Cantik dari segi mental & fizikal. 
* Tidak perlu dimotivasikan. 
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. 
* Mudah dipujuk. 
* Bersikap sistematik (otak kiri). 
* Suka berangan. 
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. 
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. 
* Daya khayalan yang tinggi. 
* Permikiran yang tajam. 
* Pandai berdebat. 
* Fizikal yang baik. 
* Kelemahan sistem pernafasan. 
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong. 
* Tidak berapa suka duduk di rumah. 
* Tidak boleh duduk diam. 
* Tidak punya ramai anak. 
* Rajin dan bersemangat tinggi. 
* Agak boros 

JUN 

* Berfikiran jauh & berwawasan. 
* Mudah ditawan kerana sikap baik. 
* Berperangai lemah lembut. 
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. 
* Idea yang terlalu banyak di kepala. 
* Bersikap sensitif. 
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). 
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. 
* Bersikap suka menangguh-nangguh. 
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. 
* Cepat marah & cepat sejuk. 
* Suka bercakap & berdebat. 
* Suka buat lawak & bergurau. 
* Otaknya cerdas berangan-angan. 
* Mudah berkawan & pandai berkawan. 
* orang yang sangat tertib. 
* Pandai mempamerkan sikap. 
* Mudah kecil hati. 
* Mudah kena selsema. 
* Suka berkemas. 
* Cepat rasa bosan. 
* Sikap terlalu memilih & cerewet. 
* Kurang mempamerkan perasaan. 
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. 
* Suka pada barang yang berjenama. 
* Mudah menjadi eksekutif. 
* Kedegilan yang tidak terkawal. 
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. 

JULAI 

* Sangat suka didamping. 
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
* Agak pendiam kecuali dirangsang. 
* Ada harga dan maruah diri. 
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
* Sangat menjaga hati orang lain. 
* Sangat peramah. 
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
* Berjiwa sentimental. 
* Jarang berdendam. 
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
* Tidak suka benda remeh-temeh. 
* Membimbing cara fizikal dan mental. 
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
* Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
* Tinggi daya simpati. 
* Pemerhatian yang tajam. 
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
* Mudah dan rajin belajar. 
* Suka muhasabah diri. 
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
* Suka mendiamkan diri. 
* Suka duduk di rumah. 
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
* Tidak agresif kecuali terpaksa. 
* Lemah dari segi kesihatan perut. 
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
* Minta disayangi. 
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
* Terlalu mengambil berat. 
* Rajin dalam membuat kerja 

OGOS 

* Suka berlawak. 
* Mudah tertawan padanya. 
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. 
* Berani dan tidak tahu takut. 
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. 
* Pandai memujuk orang lain. 
* Terlalu pemurah & bersikap ego. 
* Nilai harga diri yang sangat tinggi. 
* Dahagakan pujian. 
* Semangat juang yang luar biasa. 
* Cepat marah & mudah mengamuk. 
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan. 
* Sangat cemburu. 
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti. 
* Cepat berfikir. 
* Fikiran yang berdikari. 
* Suka memimpin & dipimpin. 
* Sifat suka berangan. 
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. 
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. 
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. 
* Belajar untuk bertenang. 
* Sikap kelam kabut. 
* Romantik, pengasih dan penyayang. 
* Suka mencari kawan 


SEPTEMBER 

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. 
* Sangat cermat, teliti & teratur. 
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. 
* Pendiam tapi pandai bercakap. 
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. 
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. 
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna. 
* Sangat sensitif yang tidak diketahui. 
* orang yang banyak berfikir. 
* Daya pentaakulan yang baik. 
* Otak bijak & mudah belajar. 
* Suka mencari maklumat. 
* Kawal diri dari terlalu mengkritik. 
* Pandai mendorong diri sendiri. 
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. 
* Suka sukan, hiburan & melancong. 
* Kurang menunjukkan perasaannya. 
* Terluka hatinya sangat lama disimpan. 
* Terlalu memilih pasangan. 
* Sukakan benda yang luas. 
* Bersistematik 

OKTOBER 

* Suka berbual. 
* Suka orang yang sayang padanya. 
* Suka ambil jln tengah. 
* Sangat menawan & sopan santun. 
* Kecantikan luar & dalam. 
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura. 
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. 
* Sentiasa berkawan. 
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. 
* Cepat marah. 
* Macam pentingkan diri sendiri. 
* Tidak menolong orang kecuali diminta. 
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri. 
* Tidak suka terima pandangan orang lain. 
* Emosi yang mudah terusik. 
* Suka berangan & pandai bercakap. 
* Emosi yang kelam kabut. 
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). 
* Suka melancong, bidang sastera & seni. 
* Pengasih, penyayang & lemah lembut. 
* Romantik dalam percintaan. 
* Mudah terusik hati & cemburu. 
* Ambil berat tentang orang lain. 
* Suka kegiatan luar. 
* orang yang adil. 
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. 
* Mudah patah semangat 


NOVEMBER 

* Banyak idea dalam perkara. 
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. 
* Berfikiran kehadapan. 
* Berfikiran unik dan bijak. 
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. 
* Pemikiran yang tajam. 
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. 
* Sesuai jadi seorang doktor. 
* Cermat dan teliti. 
* Personaliti yang dinamik. 
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. 
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. 
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. 
* Terlalu degil dan keras hati. 
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. 
* Tak suka marah kecuali digugat. 
* Mudah ambil berat terhadap orang lain. 
* Pandai muhasabah diri. 
* Cara berfikir yang lain dari orang lain. 
* Otak yang sangat tajam. 
* Pandai mendorong diri sendiri. 
* Tidak hargai pujian. 
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. 
* Cuba sampai berjaya. 
* Badan yang sasa. 
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. 
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. 
* Suka duduk d irumah. 
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. 
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. 
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 

DISEMBER 

* Sangat setia dan pemurah. 
* Bersifat patriotik. 
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. 
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. 
* Seronok bila didampingi. 
* Suka bercampur dengan orang. 
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. 
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. 
* Tidak pandai berpura-pura. 
* Cepat marah. 
* Perangai yang mudah berubah-ubah. 
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. 
* Benci pada kongkongan. 
* Suka berlawak. 
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik