Followers

Sunday, 6 May 2012

Teknik Belajar Matematik

1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai.

           masa cikgu sekolah rendah dulu pun cikgu x pandai Matematik.asyik dapat C n D je. Then cikgu sedar bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang penting dan cikgu tanamkan azam untuk mendapat A dalam Matematik..akhirnya atas berkat usaha cikgu sentiasa mendapat A dalam Maths dan menjadi cikgu Matematik sekarang... 

2.       Kena Buat Banyak latihan. 
           Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud cikgu, matematik adalah satu subjek yang murid-murid perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Cikgu berjaya menguasai matematik kerana cikgu buat latihan. Semakin banyak latihan cikgu buat, cikgu  jadi semakin cekap. dan jangan lupa untuk berkongsi dengan kawan2.sebenarnya jika murid-murid mengajar rkan-rakan, kamu sebenarnya boleh meningkatkan lagi penguasan kamu dalam Matematik..jadi, jangan kedekut ilmu tau..
3.       Kena Displin
           Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun kamu faham topik tertentu, kamu tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika kamu tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali kamu berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang kamu ambil. Selalunya kamu  ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin..jangan cepat putus asa. selalunya bila murid tidak dapat menjawab satu soalan terus give up.usaha lagi.bila kamu berjaya menyelesaikan masalah matematik, kamu tentu akan merasa kepuasannya.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR
          Cikgu tahu ramai murid yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
Jadi tolonglah menghafal sifir..Sifir ni umpama jantung kepada Matematik tau...
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. 
          Matematik ialah subjek yang seronok apabila kamu minat dan mula menguasai. Kamu akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini
SELAMAT MAJU JAYA,CINTAILAH MATEMATIK KERANA MATEMATIK SANGAT MENYERONOKKAN...

2 comments:

  1. waaaahhh hahha..ccikgu dah berjaya..turn kitorang plakk skarang..insyaALLAH !

    ReplyDelete
  2. amin..cikgu doakan kamu berjaya juga..=)

    ReplyDelete