Followers

Saturday, 12 May 2012

Tip Study Last Minutes..

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..Kali ni cikgu nak kongsi apakah tip2 yang boleh kita buat di saat-saat terakhir mengulangkaji pelajaran..Memandangkan minggu depan adalah minggu peperiksaan bolehlah murid-murid mengambil sedikit sebanyak apa yang cikgu kongsi di sini..=)Apa yang cikgu suka perhatikan, murid-murid suka study last minute. ada kalanye study last minute ni akan merugikan kita terutamanya yang menduduki peperiksaan awam.. boleh stress tau..apa yang kita belajar semua akan hilang dan menyebabkan kita terus tidak boleh fokus..


Utamakan pelajaran untuk masa depan..Hargailah masa selagi ada...baiklah di sini terdapat beberapa tips untuk study saat2 akhir..


1.Bertenang../ cool
Bertenangla wahai adik-adik. walaupun kita study last minute tetapi jangan terlalu study sampai kamu abaikan kesihatan.baca buku macam biasa. hafal selagi mampu. Jangan gelisah, berikan tumpuan yang lebih kepada pelajaran ok..lupakan sekejap TV, internet ke..atau sebagainya yang boleh membuang masa..tapi perlu ingat bukan study 24 jam...minda, otak, diri kita perlukan rehat yang cukup..


2. Yakin Terhadap Kebolehan diri 
Selalu tanam dalam diri bahawa "saya boleh " "saya yakin boleh buat" tulis besar2 dan tampal di dinding bilik anda..hehehe..semua ni sebagai kata-kata semangat dan motivasi tau...bila kita nampak tulisan besar tu, cikgu yakin secara automatik, kamu akan jadi bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji pelajaran..insyaAllah..


3. Masa Rehat perlu secukupnya
Jangan lupa rehat ye.kalau kamu letih, bangunlah dan berjalan-jalan sekejap..lepas tu boleh sambung study balik.badan kita bukan komputer dan tidak boleh kerja berterusan...Ingat tu..


4.Hapuskan tabiat suka tidur.
Sebaiknya kamu tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. kurangkan waktu tidur kamu ye demi meraih kejayaan. gunakan lebih masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya lebih berkeyakinan.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan...
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. tetapi ramai murid membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dab ada yang tidak dapat tidur langsung.. bahaya kan. keesokan harinya pelbagai perkara akan berlaku seperti pening, tidak selesa dan tidak tenteram.kerana badan kita menjadi lesu dan ketegangan fikiran. ini boleh menjejaskan prestasi kamu sendiripada hari peperiksaan. akibatnya, kamu tidak boleh memberikan jawapan yang tepat kerana tidak dapat berfikir dengan baik

6. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan begini, kita hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. jangan beri tumpuan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting.. cuba pilih 5 atau 6 isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan.Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. bagi Matematik,latihan dan teruskan membuat latihan Matematik..Matematik x perlu baca ye hanya kerapkan membuat latihan.. banyakkan membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan..

7. Banyakkan minum air putih.

Air putih akan bersihkan darah kita..jangan berlebihan mengambil kopi atau nescafe kerana mengandungi kafien yang akan memudaratkan..


8. Doa
Kita dan berusaha kan..berdoalah..bagi yang Islam jangan lupa tanggungjawab kita sebagai seorang Islam..Sembahyang Lima Waktu dan mintalah doa kepadaNya..InsyaAllah.
Berdoa perlu dilakukan sepanjang masa, bukan hanya pada musim peperiksaan sahaja. Namun, bersama doa itu, perlu juga diiringin dengan usaha. Doa tanpa usaha tidak akan membawa anda ke mana-mana.

 


 SELAMAT MENDUDUDKI PEPERIKSAAN YE...CIKGU DOAKAN ANAK-ANAK MURID CIKGU AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG...AMIN..=)

No comments:

Post a Comment